Salam
Again, saya cukup cukup tidak gemar jika soalan yang satu ini disogok. Sumpah, I'm sick over it.
Adakah menjadi satu kesalahan yang sangat huge besarnya jikalau kita yang berlainan bangsa agama warna kulit rentak pakaian dan ect ect yang berlainan ini duduk semeja, berkongsi sudu, berkongsi straw, berkongsi cerita, berkongsi bantal , berkongsi itu ini.. Salahkah wahai awak awak sekalian.
Awak awak sekalian, tolonglah synchronize-kan minda seiring dengan abad millenium ini. Lontarkan jauh presepsi kurang bijak awak awak sekalian di mana orang melayu hanya untuk orang melayu. Bukalah mata wahai awak, kita hidup di sebuah negara yang sangat unik ciptaan nya. ada melayu ada cina ada india dan lain-lain. Tidak salah bukan kita berbaik baik dengan bangsa lain? Agama juga tidak melarang jikalau mereka mereka ini datangnya bukan dari musuh ketat Islam.
Saya hidup disebuah pulau yang boleh kita lihat kaum muslim dan non-muslimya adalah equal banyaknya. Kalau kita ke sekolah di Penang jangan terkejut jikalau situasi seperti ini terjadi : melayu cina dan india berkongsi satu bungkus nasi lemak dan segelas sarsi.
Sepanjang persekolahan saya dari primary sehinggalah ke secondary, saya ditempatkan di kelas yang majoritinya adalah non muslim atau pun non-bumiputra. Saya sudah terbiasa, bertepuk tampar, bepegang tangan dengan mereka malah berkongsi makan dan minum juga sudah terbiasa. Sudah sebahagian dari hidup saya mereka-mereka ini. Jadi pendedahan saya dengan kawan sebangsa saya adalah sangat terhad. Walaubagaimanapun, saya masih ada kawan sebangsa dan seagama saya tapi mereka juga senasib dengan saya.Pernah sekali satu tahun saya ditempatkan disebuah kelas yang semuanya n0n-muslim. Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah bagi saya kerana saya sudah terbiasa menjadi the only tudung girls in the gangs. Kami yang berlainan agama ini can get along so well sebab kami letak perbezaan itu ketepi, understanding and respect is the key.
Saya tahu serapat mana mungkin saya dengan mereka pasti ada juga titik perbezaan yang membataskan saya dengan mereka.Tidak semestinya kita berkawan dengan mereka yang berlainan agama ini maka kita kan disifatkan seolah-olah seperti mereka bukan?
Saya tahu batas saya, dimana pakaian saya ada limit, dimana makanan saya ada limit, dimana party saya ada limit, dimana hubungan saya ada limit, dimana perlakuan saya ada limit. Saya melihat di situ sebagai perbezaan antara saya dan mereka-mereka ini. bukan melihat politik, warna kulit, bahasa mahupun bau sebagai perbezaan antara kami.
HAISH! susah sebenarnya nak bagi orang-orang yang melihat ini merasa apa yang kita merasa. They just can simply throw their assumption membuta tuli tanpa berfikir sebab they are not in my shoes.
Bukan.bukan.saya tidak racist. Bukan bermaksud saya sangat against akan bangsa seagama saya. Tetapi bukan lagi banyak ke manusia sebangsa saya yang bersifat seperti bangsa lain? anyhow, terima kasih daun keladi kepada suara itu. saya melihat sebagai satu suara kasih sayang anda kepada saya sebab being tooo care dengan saya. What a great stalker la kan. =p
p/s: sorry.



.jpg)




.jpg)











.jpg)


No comments:
Post a Comment